Tuesday 30 June 2009

Keindahan Gunung Huangsan di China

Gunung Huangshan

Gunung Huangshan yang terletak di Provinsi Anhui di timur China sentiasa dianggap sebagai gunung yang paling menakjubkan dan paling indah di China. Pada tahun 1990, Gunung Huangshan disenaraikan sebagai Warisan Alam dan Budaya Dunia.
Di China terdapat satu pepatah seperti berikut: Selepas mendaki Gunung Huangshan, tidak berminat lagi terhadap gunung-gunung yang lain. Pepatah ini mencerminkan keunikan dan keindahan Gunung Huangshan.


Gunung Huangshan terletak di Provinsi Anhui bahagian timur China, keluasannya kira-kira 1200 kilometer persegi. Disebabkan gunung itu tinggi dan lurahnya dalam, perubahan cuaca di sana tidak menentu, awannya tebal, kabus banyak, udara lembap dan sering hujan, ini juga telah menyediakan syarat yang baik bagi Kewujudan pelbagai haiwan dan tumbuh-tumbuhan.


Pohon Cemara menyambut tamu

Pemandangan Gunung Huangshan adalah gabungan pemandangan indah dari pelbagai gunung yang terkenal di China. Keunikan dan keindahan pemandangan yang paling menarik di Gunung Huangshan ialah pohon cemara, batu pelbagai bentuk, lautan awan dan sumber air panas.



(Lautan awam di Gunung Huangshan)

Antara pohon-pohon di Gunung Huangshan, yang paling banyak ialah pohon cemara. Pohon cemara yang berusia lebih 100 tahun mencatat puluhan ribu batang. Pohon cemara pelbagai bentuk merupakan pemandangan yang paling menarik di Gunung Huangshan. Kebanyakan pohon cemara tumbuh di celah-celah batu dan berdiri tegak, memperlihatkan daya hidup yang kuat. Sebatang pohon cemara indah yang tumbuh di puncak Gunung Yunu dinamakan "pohon cemara penyambut tetamu" dan pohon itu sentiasa dilukis dan lukisan pohon cemara itu merupakan lukisan hiasan yang paling sesuai diletakkan di bilik tamu di China.

Batu yang ajaib di Gunung Huangshan juga sangat menarik. Kerana puncak gunung banyak dan lurahnya dalam, banyak batu berbentuk ganjil bertaburan di lurah, lereng dan puncak gunung. Batu-batu itu ada yang berbentuk manusia, ada yang berbentuk haiwan dan ada juga yang berbentuk tumbuh-tumbuhan. Selain pohon cemara dan batu ajaib, lautan awan dan sumber air panas juga menarik para pelancong.

Selain pemandangan alam, Gunung Huangshan juga mempunyai banyak unsur kebudayaan. Dalam sejarah China, jumlah sajak yang memuji dan menggambarkan Gunung Huangshan mencatat lebih 20 ribu buah. Penyajak terkenal dalam sejarah China Li Bai, Jia Dao, Fan Dacheng, Shi Tao, Gong Zizhen dan lain-lain telah menulis sajak yang memuji pemandangan indah Gunung Huangshan. Selain itu, banyak pelukis terkenal telah melukis lukisan tentang pemandangan indah Gunung Huangshan. Cerita dongeng tentang Gunung Huangshan juga tersebar di China turun-temurun.

Di China terdapat "Kumpulan Pelukis Gunung Huangshan'. Pelukis kumpulan itu terutamanya melukis keindahan Gunung Huangshan dengan cara lukis tradisional China. Jurugambar di China pada zaman ini juga suka mengambil gambar di Gunung Huangshan, pemandangan indah di sana merupakan sumber ilham penggubahan seni gambar yang terus kekal selma-lamanya.

Di China terdapat banyak cerita dongeng yang berkaitan dengan nenek moyang bangsa China Maharaja Huang mengkaji ilmu panjang umur di Gunung Huangshan dan akhirnya beliau berjaya menjadi dewa. Di Gunung Huangshan, nama kebanyakan puncak gunung berkaitan dengan cerita dongeng Maharaja Huang mengkaji ilmu panjang umur di Gunung Huangshan tersebut, misalnya Gunung Xuanyuan yang dinamakan dengan nama Maharaja Huang, Gunung Fuqiu yang dinamakan dengan nama guru Maharaja Huang dalam pengkajian ilmu panjang umur di sana dan lain-lain. Disebabkan agama Tao China amat mementingkan pengkajian ilmu panjang umur, maka Gunung Huangshan begitu penting dalam sejarah agama Tao China.

Kerana pemandangan alamnya yang indah dan manakjubkan serta unsur kebudayaan yang kaya, Gunung Huangshan disenaraikan sebagai Warisan Alam dan Budaya Dunia pada tahun 1990. Jawatankuasa Warisan Dunia merakamkan penilaian seperti berikut: Gunung Huangshan mendapat pujian dan sanjungan tinggi dalam sejarah kesusasteraan dan kesenian China, manakala bagi pelancong, penyajak, pelukis dan jurugambar yang melawat destinasi pemandangan itu dari pelbagai pelosok dunia, Gunung Huangshan mempunyai daya tarikan menakjubkan untuk selama-lamanya.




2 comments:

About Me

My photo
Halo sobat...nama saya Didik Sugiarto.....Saya bukanlah blogger profesional....hanya sekedar hobi ngeblog dan juga belajar cara mencari uang dengan blog.....adsense, amazon, clickbank dll.......semoga blog ini bermanfaat bagi kita semua.